Data Anda, Hak Anda dan Cara Kami Menguruskannya

Dasar Perlindungan Data Peribadi

Di Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866-W) serta anak-anak syarikat kami, kami komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 Malaysia (“PDPA”). Dasar ini menerangkan:

  • jenis data peribadi yang kami kumpulkan dan cara data tersebut dikumpulkan
  • cara kami menggunakan data peribadi anda
  • pihak yang menerima pendedahan data peribadi tersebut; dan
  • pilihan yang kami sediakan termasuk cara untuk mengakses dan mengemas kini data peribadi anda.

Data Peribadi yang Mungkin Kami Kumpulkan daripada Anda

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi berikut daripada anda:

  • maklumat peribadi bagi mengesahkan identiti dan latar belakang anda seperti nama penuh, nombor pasport atau kad pengenalan, kewarganegaraan dan agama;
  • maklumat untuk dihubungi seperti alamat pengebilan, alamat premis bagi bekalan elektrik, nombor telefon, nombor telefon bimbit, nombor faks dan alamat e-mel
  • maklumat pembayaran seperti maklumat kad debit atau kad kredit anda termasuk nama pemegang kad, nombor kad, alamat pengebilan, tarikh luput dan maklumat akaun bank lain
  • maklumat sensitif seperti asal usul kaum atau etnik, pandangan politik, agama atau kepercayaan lain, kesihatan, latar belakang jenayah atau keahlian kesatuan sekerja. Kami lazimnya tidak mengumpulkan maklumat sensitif melainkan ia diperlukan dalam keadaan tertentu bagi membolehkan kami memberikan perkhidmatan yang lebih baik dan memenuhi keperluan khusus anda.
  • rakaman imej anda melalui kamera CCTV yang dipasang di Kedai Tenaga, cawangan atau premis kami
  • rakaman gambar anda semasa acara korporat atau hari terbuka pihak ketiga yang dianjurkan oleh kami
  • rakaman panggilan yang dibuat oleh anda kepada perkhidmatan pelanggan kami
  • jawatan atau peranan apabila anda memulakan hubungan perniagaan dengan kami; dan
  • resume atau CV apabila anda memohon pekerjaan dengan kami.

Bagi pelayaran laman sesawang secara umum, walaupun tiada data peribadi didedahkan kepada kami, maklumat teknikal dan statistik tertentu boleh diperoleh melalui penyedia perkhidmatan Internet kami seperti kuki (cookies), alamat IP anda serta masa, tarikh dan tempoh lawatan anda. Sekiranya anda memberikan kepada kami sebarang data peribadi berkaitan pihak ketiga (contohnya maklumat pasangan, anak, ibu bapa dan/atau pekerja anda), dengan menyerahkan data peribadi tersebut kepada kami, anda mengesahkan bahawa anda telah memperoleh persetujuan pihak ketiga tersebut untuk memberikan data peribadi mereka kepada kami bagi tujuan yang dinyatakan di bawah.

Cara Kami Mengumpulkan Data Peribadi Anda

Kami mungkin mengumpulkan data peribadi sama ada secara langsung daripada anda, wakil sah anda, pihak ketiga atau sumber yang tersedia untuk umum termasuk (tetapi tidak terhad kepada) keadaan berikut:

  • apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan kami (contohnya apabila anda mengemukakan borang permohonan untuk menjadi pelanggan kami)
  • apabila anda menghubungi kami secara bersemuka, melalui panggilan telefon atau di kaunter (contohnya apabila anda menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan, aduan, ulasan atau maklum balas, kami mungkin menyimpan rekod komunikasi tersebut)
  • apabila anda menyertai sebarang tinjauan, soal selidik, pertandingan, tawaran atau promosi yang dijalankan secara dalaman atau melalui pihak ketiga yang dilantik
  • apabila anda memulakan hubungan perniagaan dengan kami (contohnya sebagai penyedia perkhidmatan atau rakan perniagaan); dan
  • apabila anda mengunjungi mana-mana Kedai Tenaga, cawangan atau premis kami
  • apabila anda menghadiri mana-mana acara korporat atau hari terbuka pihak ketiga kami
  • apabila anda melawat atau melayari laman sesawang kami
  • apabila anda memohon pekerjaan dengan kami
  • apabila anda berinteraksi dengan kami melalui media sosial atau aplikasi interaktif termasuk tetapi tidak terhad kepada Facebook, Twitter dan Instagram
  • apabila kami memperoleh maklumat mengenai anda daripada pihak ketiga yang mempunyai urusan atau hubungan dengan anda (seperti pemungut bayaran, pemaju perumahan, agensi pelaporan kredit atau institusi kewangan)
  • daripada sumber lain yang mana anda telah memberikan persetujuan bagi pendedahan data peribadi berkaitan anda dan/atau apabila dibenarkan di sisi undang-undang.

Penggunaan Data Peribadi yang Dikumpulkan

Anda bersetuju bahawa kami boleh menggunakan data peribadi anda apabila dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai dan bagi tujuan berikut:

  • untuk mengesahkan identiti anda
  • untuk mengurus dan mengekalkan akaun atau kontrak anda dengan kami
  • untuk memaklumkan anda mengenai manfaat dan perubahan terhadap perkhidmatan
  • untuk menyediakan dan menambah baik perkhidmatan kami kepada anda termasuk memenuhi keperluan audit, pengebilan perkhidmatan dan memudahkan pembayaran
  • untuk melaksanakan arahan anda atau menjawab sebarang pertanyaan, aduan, ulasan atau maklum balas yang dikemukakan kepada kami
  • untuk melindungi atau menguatkuasakan hak kami bagi mendapatkan semula sebarang hutang yang tertunggak kepada kami
  • untuk mengumpulkan maklumat bagi tujuan analisis dan penyediaan laporan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan
  • untuk memindahkan atau menyerahkan hak, kepentingan dan obligasi kami di bawah mana-mana perjanjian anda dengan kami
  • untuk mengemas kini, menyatukan dan meningkatkan ketepatan rekod kami
  • untuk mentadbir pertandingan, peraduan, tawaran atau promosi
  • untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dianonimkan atau digabungkan dalam bentuk yang tidak mengenal pasti anda sebagai seorang individu
  • untuk menjalankan penyelidikan bagi tujuan analisis termasuk tetapi tidak terhad kepada perlombongan data dan analisis transaksi anda dengan kami
  • untuk menilai risiko kewangan dan insurans
  • untuk menjalankan tinjauan, soal selidik dan memberikan maklumat daripada kami atau maklumat yang kami percaya mungkin menarik minat anda, sekiranya anda telah memberikan persetujuan untuk dihubungi bagi tujuan tersebut
  • untuk melaksanakan urusan perniagaan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan dan diberikan kepada anda
  • untuk mematuhi sebarang obligasi perundangan atau kawal selia di bawah undang-undang, peraturan, garis panduan atau kod industri yang terpakai kepada kami
  • untuk tujuan pengurusan dalaman berkaitan penyampaian perkhidmatan kepada anda
  • untuk menyimpan rekod bagi tujuan keselamatan, tuntutan atau keperluan perundangan lain
  • untuk menyediakan latihan kepada kakitangan kami
  • untuk melaksanakan aktiviti pemasaran dan teknologi maklumat (contohnya penyelidikan pasaran)
  • kepada individu yang dikenal pasti sebagai anda atau wakil sah anda bagi tujuan transaksi atau pertanyaan berkaitan
  • kepada pihak ketiga yang dilantik oleh kami untuk menyediakan perkhidmatan kepada kami (seperti menjalankan analisis bagi pihak kami) bagi mana-mana tujuan yang dinyatakan di atas. Apabila kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, kami akan memastikan bahawa data tersebut hanya digunakan bagi tujuan menyediakan perkhidmatan kepada kami
  • untuk apa-apa tujuan lain yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah mana-mana undang-undang, peraturan, garis panduan dan/atau pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan.

Pihak yang Menerima Pendedahan Data Peribadi Anda

Sebagai sebahagian daripada penyediaan, pengurusan dan pengendalian perkhidmatan kami kepada anda, kami mungkin dikehendaki atau perlu mendedahkan maklumat berkaitan anda kepada pihak ketiga berikut:

  • kerajaan Persekutuan atau kerajaan negeri
  • agensi penguatkuasaan undang-undang
  • agensi kerajaan
  • pihak berkuasa kawal selia kami
  • syarikat atau organisasi yang bertindak sebagai ejen, kontraktor, penyedia perkhidmatan atau perunding profesional kami
  • syarikat atau organisasi yang membantu kami dalam memproses dan/atau melaksanakan transaksi serta menyediakan perkhidmatan yang anda minta
  • rakan perniagaan kami dan pihak lain bagi tujuan yang berkaitan dengan pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda
  • pihak lain yang anda telah memberikan persetujuan nyata atau tersirat
    senarai pihak ketiga seperti yang dinyatakan dalam
  • Lampiran V Kod Amalan yang boleh diakses di sini.
  • Mana-mana agensi pelaporan kredit atau, sekiranya berlaku keingkaran, mana-mana agensi kutipan hutang tertakluk kepada undang-undang yang terpakai kepada kami.

Sekiranya Data Peribadi yang Diberikan oleh Anda Tidak Lengkap

Seperti yang dinyatakan dalam borang permohonan atau pendaftaran kami sama ada secara manual atau elektronik, anda diwajibkan untuk memberikan data peribadi kepada kami bagi membolehkan kami memproses permohonan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kami. Sekiranya anda gagal memberikan data peribadi yang lengkap dan wajib, kami mungkin tidak dapat memproses permohonan anda atau menyediakan perkhidmatan kami kepada anda.

Hak Anda untuk Mengakses dan Membetulkan Data Peribadi

Kami boleh membantu anda untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda yang berada dalam simpanan kami. Sekiranya anda ingin mengakses data peribadi anda yang berada dalam milikan kami atau berpendapat bahawa data peribadi tersebut tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak dikemas kini, anda boleh mengemukakan permohonan kepada kami melalui Borang Permintaan Akses Data atau Borang Permintaan Pembetulan Data, mana-mana yang berkenaan. Borang tersebut boleh didapati di Kedai Tenaga dan laman sesawang kami. Walau bagaimanapun, akses tersebut mungkin tertakluk kepada bayaran bagi menampung kos pemprosesan kami.

Tempoh Penyimpanan Data Peribadi Anda

Kami akan menyimpan data peribadi anda selaras dengan Dasar ini dan/atau terma dan syarat perjanjian anda dengan TNB atau anak-anak syarikatnya sepanjang tempoh hubungan anda dengan kami. Data tersebut juga mungkin disimpan lebih lama sekiranya diperlukan untuk melindungi kepentingan TNB, anak-anak syarikatnya atau pelanggannya, bagi memenuhi keperluan undang-undang atau selaras dengan dasar berkaitan TNB dan anak-anak syarikatnya.

Cara Kami Melindungi dan Menjaga Data Peribadi Anda

Kami berusaha mengambil segala langkah munasabah bagi melindungi dan memastikan data peribadi anda sentiasa selamat. Ini termasuk pematuhan terhadap prosedur keselamatan kami (seperti pengesahan identiti anda apabila anda menghubungi kami). Laman sesawang kami mungkin mengandungi pautan ke laman sesawang lain dan kami tidak bertanggungjawab terhadap dasar, prosedur atau kandungan berkaitan data di laman sesawang tersebut.

Pemindahan Data Peribadi Anda ke Luar Malaysia

Sebarang data peribadi yang anda berikan kepada kami akan dikendalikan dengan tahap keselamatan yang tinggi selaras dengan PDPA 2010. Kami mungkin perlu memindahkan data peribadi anda ke luar Malaysia sekiranya mana-mana penyedia perkhidmatan atau rakan perniagaan kami yang terlibat dalam penyediaan sebahagian daripada perkhidmatan kami berada di luar Malaysia. Dalam keadaan tersebut, anda bersetuju terhadap pemindahan data peribadi anda ke luar Malaysia. Kami akan mengambil langkah munasabah untuk memastikan penyedia perkhidmatan atau rakan perniagaan tersebut terikat secara kontrak untuk tidak menggunakan data peribadi anda bagi tujuan selain daripada penyediaan perkhidmatan yang dilantik oleh kami serta memastikan data peribadi anda dilindungi dengan sewajarnya.

Persetujuan Anda

Dengan mengemukakan data peribadi anda, anda bersetuju terhadap penggunaan data peribadi tersebut sebagaimana yang dinyatakan dalam Dasar ini. Sekiranya kami membuat perubahan terhadap Dasar ini, versi yang telah dipinda akan diterbitkan di halaman ini. Walau bagaimanapun, anda juga boleh menghantar e-mel atau surat kepada kami untuk mendapatkan salinannya. Penggunaan berterusan terhadap perkhidmatan kami akan dianggap sebagai persetujuan anda terhadap sebarang perubahan tersebut.

Maklumat untuk Dihubungi

TNB atau anak-anak syarikatnya komited untuk melindungi data peribadi anda. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ulasan mengenai pengurusan data peribadi berkaitan bekalan elektrik oleh TNB, sila hubungi kami di tnbcareline@tnb.com.my or 1-300-88-5454.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, ulasan atau cadangan berkaitan Dasar ini, kami amat mengalu-alukan maklum balas anda. Sila hubungi Pegawai Perlindungan Data TNB di dpo@tnb.com.my

Mari Merealisasikan Penyelesaian Tenaga yang Lebih Pintar Bersama

Sama ada anda ingin meneroka kecekapan tenaga, infrastruktur pintar atau khidmat perundingan kejuruteraan, kami menyediakan penyelesaian yang selaras dengan matlamat operasi dan kemampanan anda.

This site is registered on wpml.org as a development site. Switch to a production site key to remove this banner.